Popular Posts

Monday, April 4, 2011

perasaan..

tiap hari baca blog pasal anak kembar......... happy je dan merasa ibubapa mereka amat bertuah..
bila baca pasal anak-anak istimewa............ rasa tersentuh dan bangga melihat ibubapa mereka yang tabah...

setiap anak adalah rezeki.. mereka dilahirkan dengan rezeki masing2. kita sebagai ibubapa tak perlu risau.....
ada insan yang tidak berpeluang merasai pengalaman sebagai ibu dan bapa.. ada pula diberi peluang untuk seketika... ye lah kan.. setiap manusia mempunyai takdir nya sendiri.. kenapa dan mengapa... hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Saya ni sebenarnya tengah 'membawa perasaan'..... anak saya kan sorang je.. dah 7 tahun pun... walaupun hanya seorang.. saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu.. merasai pengalaman mengandung... melahirkan (walaupun melalui pembedahan)..

Namun ada juga orang yang tak paham... asyik tanya.. tak tambah anak lagi ke? takkan dah cukup kot...
macam la saya ni ada ambik perancang keluarga... tak pernah saya telan semua tu... dah Allah belum bagi rezeki.. nak buat macam mana kan??





Dah bujang dah anak mama...... dah graduate pun......... ;)